Followers

flash

Saturday, August 27, 2011

Rendang Daging Rusa

Arini berbuka best sikit, aku wat rendang daging rusa. Beli dekat sepupu aku dia jual macam2 daging termasuklah daging landak. Arini aku ngan Abang Botak bawak abah sekali gi beli barang2 raya. Mula2 gi pasar beli daging, ayam, ikan dan sotong... beli bahan2 utk wat rendang, halia, serai, kunyit, lengkuas, daun kunyit, santan, kerisik dll. Lepas gi pasar gerak gi Tesco sebab nak bagi coklat yang member aku Kak Suzie tempah. Lama la pulak menunggu dia ye la jem kan dari Selayang. Orang dah ramai gerak nak balik kampung.



Lepas bagi Kak Suzie coklat dia, gi Carrefour plak sebab abang nak hantar broadband P1 Max, dia suh plak hantar kat HQ dia kat Setapak... nasib baik la ada GPS senang sikit kitorang nak cari jalan. Dah settle sume singgah plak kat Pasar keramat beli kerepek2 dan kacang2... dah dekat ngan Pasar Ramadhan apa lagi tawaf la pulak tapi x tau nak beli apa... byk sangat makanan. Last2, abah beli masak lemak pisang pastu siap beli lemang lagi 2 potong, dan abang beli roti john 3 bungkus. Aku x beli apa2 pun. Balik umah singgah plak abah nak beli kasut, dapat gak aku 1 pasang kasut raya, aritu dah beli selipar. Balik2 rumah jer dah pukul 5, kelam-kabut aku masak rendang rusa tu. Tapi daging dia mabeles, masak tak lama pun tapi lembut giler... kalau macam ni punya sedap bleh la beli lagi lain kali...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.