(30,000 berjaya berkumpul di depan menara Maybank, Pudu sebelum dipecahkan melalui gas pemedih mata dan water canon polis)
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pasukan terbesar yang berjaya bergabung sebelum disuraikan polis berlaku di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank apabila pasukan dari Jalan Pasar bertemu dengan dari Masjid Jamek dan Central Market di situ.
Antara pemimpin yang ada di sini adalah Dr Hatta Ramli (Pengarah Pilihan raya PAS), Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani bersama pimpinan DAP dan PKR dan PAS yang lain.
Menurut Taufek, perhimpunan yang bermula di jalan Pasar sekitar 500 sahaja tiba-tiba berkembanng cepat kepada hampir 10,000 pada jam 1.30 tengahari.
(Pasukan dari Jalan Pasar yang disertai Taufek Ghani)
Di Jalan Raja Chulan, mereka bergabung dengan pasukan dari Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan Central Market dan menjadikan mereka 30,000.
"Kami kemudian berpecah apabila disembur dengan water canon di depan Menara Maybank," kata Taufek ketika dihubungi yang kini berada di Jalan Raja Chulan di belakang Maybank bersama pasukannya.
Selain beliau, turut berada di situ adalah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Dr Badrul Amin Baharon (PKR), Tan Kok Wai (DA) dan lain-lain.
Pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diketuai Dr Hatta Ramli yang bergerak dari Masjid Jamek serta pasukan yang bergerak dari Central Market menjadikan satu pasukan yang besar mencecah 30,000 sebelum disembur dengan air berasid oleh polis.
No comments:
Post a Comment