Followers

flash

Monday, January 16, 2012

DOA SUPAYA SUAMI TAK KAHWIN LAIN.





Surah Taha ayat 109. Bacalah doa tersebut wahai isteri-isteri yang diluar sana sekiranya suami ada pasang niat nak kahwin lagi satu. Nak buka cawangan baru pula. Bukan hendak melawan takdir atau ketentuanNya. Jika itu yang tertulis di luh mahfuz, terimalah. Tapi berusahalah dengan yang cara baik kerana Allah SWT itu Maha Adil kepada hambaNya.


Jangan ikhtiar cara yang salah seperti berubat dengan bomoh-bomoh siam kerana takut nanti terlibat dengan perkara yang syirik. Syirik termasuk dosa besar yang paling besar no.1. Kekal sebagai ahli neraka selama-lamanya. Ikhtiarlah dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.


Baca 3 atau 5 kali setiap kali selepas solat. Mohon kepada Alah SWT dengan niat suami tetap setia dengan satu isteri. InsyaAllah niat suami nak kahwin lagi akan hilang keinginannya dan akan terus tetap setia bersama anda sahaja. Selamatlah rumahtangga yang aman damai yang dibina selama ini.


Wasallam.

1 comment:

Unknown said...

Dari mana dtg amalan ni?berhati2 dlm posting amalan agama krn dikhuatiri ianya satu rekaan baru dan tiada asal usul dlm agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.