Followers

flash

Monday, January 9, 2012

Petua Mengawal Medu Angin

Tak pernah dgr pun tentang angin medu sebelum ni... sekadar berkongsi info


Petua Mengawal Medu Angin

Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.


Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan pada kebiasaannya, besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.

Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya. Oleh yang demikian, menurut kajian kami, medu angin adalah raja segala penyakit. Bersegeralah mencegah penyakit ini daripada terus merebak dengan mengamalkan petua-petua berikut;

Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Caranya, ambil segenggam akar tersebut. Rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.

atau

Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya seperti cara di atas. Manakala, akarnya diasah dan disapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.


Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin


Orang-orang yang mengidap penyakit medu angin dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan & minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu kepada pengidap sakit ini;


(1) Makanan / minuman yang sejuk. Cth;
     - Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
     - Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
     - Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.

(2) Makanan / minuman masam(berasid). Cth;
     - Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
     - Daging kerbau.

(3) Makanan / minuman bergas. Cth;
     - Durian.
     - Tapai.
     - Air botol/tin bergas.

(4) Makanan / minuman mengandungi kafein. Cth;
     - Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
     - Rokok.

(5) Lain-lain makanan / minuman yang boleh mendatangkan angin. Cth;
     - Petai, jering dan kerdas.
     - Susu tin (cair,krimer atau pekat manis).

Cuba elakkan daripada mengambil makanan/minuman yang tersebut di atas kerana ia boleh menyebabkan penyakit yang anda hidapi akan menjadi lebih parah. Kami juga menasihatkan agar pengidap sakit ini mengamalkan/menjaga tabiat harian mereka sebagaimana berikut;

(1) Sekiranya anda rajin, buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.

(2) Kalau dapat, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.

(3) Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut kita tidak kosong.

(4) Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.

(5) Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.

(6) Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguh. Lepaskanlah... . Kalau malu, tahan sekejap dan pergi ke tempat jauh dari orang dan lepas... .

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.