BORANG PINJAMAN SKIM AMANAH RAKYAT (SARA) 1MALAYSIA MULA DIEDARKAN ISNIN
Golongan berpendapatan rendah boleh mendapatkan borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dari Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai Isnin ini.
Presiden yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata mereka yang layak berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).
Bank Yang Ambil Bahagian SARA 1Malaysia :
- Malayan Banking Bhd
- RHB Bank Bhd
- CIMB Bank Bhd
- Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN)
- Peminjam hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun
- Insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M
- Sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000.
Tempoh Permohonan Pinjaman SARA 1Malaysia :
- Permohonan akan dibuka selama setahun;
- atau Sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan.
Syarat Kelayakan Mohon Pinjaman SARA 1Malaysia :
- Pemohon yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RMRM3,000 sebulan layak menyertai.
- Tidak Muflis
- Tidak pernah menerima pinjaman dari skim-skim kerajaan yang lain.
- Lain-lain
Dokumen Yang Diperlukan Mohon Sara 1Malaysia :
Dokumen Utama
- Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
- Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
- Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
- Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
- Borang Jualan Balik ASNB 31
- Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
- Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
Dokumen Sokongan
- Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
- Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
- Dokumen Pengesahan Pendapatan
- Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
- Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen
No comments:
Post a Comment