Pandai dia guna teknik make up dan contact lens kan? yang buruk pun bleh jadi cantik... kebanyakan orang korea artis dorang sume muka buat... mata yg sepet dibesarkan, hidung yg kemek ah jadi mancung. Tgk je artis lelaki dorang dah macam pondan dah tapi tu jugak yg budak2 remaja kita minat... apa la yg menariknya K-pop tu? hehe so sapa2 yang nak nampak comel macam artis2 korea ni boleh la tiru make up awek kat bawah ni... rasanya kalau make up kan lembu pun cantik!
Followers
flash
Friday, March 30, 2012
Tuesday, March 27, 2012
Amalkan makan daging kambing
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Pengurai Kolestrol Tepu
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Saturday, March 17, 2012
Kad Pengenalan PM
1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau mendapat Gelaran Bapa kemerdekaan
2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.Beliau mendapat Gelaran Bapa Pembangunan.
3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar.
4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.Beliau mendapat gelaran Bapa Pemodenan.
5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.Beliau memperkenalkan Pendekatan pembangunan bersepadu Islam Hadari. Beliau juga memperkenalkan koridor ekonimi dalam rancangan Malaysia ke-sembilan. Sempat menjawat pengerusi persidangan Islam OIC.Bapa Pembangunan Modal Insan.
Thursday, March 8, 2012
Tafsir mimpi....
Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
Tuesday, March 6, 2012
Monday, March 5, 2012
Diet Atkins
Aku dah mulakan diet atkins ni selama seminggu sehingga ke hari ini. So selama seminggu ni aku tak makan langsung nasi dan ambik air manis. Aku hanya makan lauk jer untuk dapatkan protein. Setelah 4 hari diet, alhamdulillah dah 3kg berat aku turun. Memang diet ni boleh menurunkan berat badan. So aku ingat nak teruskan induction lebih dari 3 bulan. Harap2 aku berjaya. Di bawah ni aku paste jer apa yg aku google sebelum memulakan diet ni. Cubalah!
Diet Atkins lebihkan sumber Protien daripada karbohidrat. Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
FIR Sauna
FIR Sauna ni memang dah lama aku beli tapi jarang benor aku guna so memandangkan aku tengah berdiet ni kan... apa lagi baru la nak bukak balik sauna yang dah terperap lama tu. Aku tekad la untuk guna sauna ni setiap hari selama 30 minit. Insya Allah
FIR sauna atau Far Infrared Sauna ialah sauna kering (dry).-Ia merupakan kaedah moden menggunakan Far Infrared untuk membakar lemak, membuang toksik badan & mengurangkan insomnia dll -Mudah di lipat dan pasang. Mudah dibawa kemana-mana. -Boleh kawal masa antara 5 minit-30 minit... ikut kemampuan anda.-Power-600W. -Kain tebal dan kalis air. -3 panel pemanas (1 dibelakang dan 2 dikiri dan kanan) -Remote control disediakan. -Mempunyai 6 tahap suhu iaitu(40,45,50,55,60 & 65) -Anda boleh setkan suhu yang anda kehendaki. -Saiz Sauna P x L x T = 80cm x 70cm x 95cm
Petua Menduduki Rumah Baharu
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Friday, March 2, 2012
Khasiat telur
Telur atau nama Inggerisnya egg telah menjadi seperti satu makanan yang sangat penting bagi penduduk di Malaysia. Biasanya, telur dimakan semasa sarapan pagi. Ada pelbagai jenis masakan yang mengunakan telur. Contohnya;
- Roti telur (roti canai yang berisi telur)
- Telur separuh masak
- Telur rebus (biasanya dimakan bersama nasi lemak atau bihun goreng)
- Telur goreng mata kerbau (juga dimakan bersama nasi lemak dan hidangan lain)
- Kek
- Bahulu
Dan pelbagai lagi makanan yang memerlukan telur sebagai antara bahan utama. Di Malaysia, telur ayam menjadi pilihan utama selain telur itik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setiap wanita itu cantik……
Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”