Followers

flash

Saturday, July 28, 2012

Sizzling Steamboat sebelum Ramadhan

Sebelum puasa ari tu sempat la gi makan2 konon2 sambut puasa la padahal nak makan puas2 lepas dendam sebelum puasa... aku bawak Linda n Shuha gi sama. Abah malas plak nak gi lagipun dia bukan makan banyak pun... x da selera kata dia. Ni gambar2 aku pergi masa tu... malas nak type panjang2 biarla gambar menceriakan segalanya... hehe
 Aku ngan Abag Botak

 Linda Lam

 Budak2 tu gagah makan mee lagi...

Ayam gorenggg... baca stail Upin Ipin



TIP UNTUK AYAM GORENG BERSELAPUT HABUK ROTI/ BREAD CRUMB.
1.  Sekiranya ingin goreng ketulan ayam di selaputi Habuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu perlu direndamkan dalam susu butter atau susu cair sejat. Adunkan dengan 1 biji telur (ikut anggaran) dalam adunan .
2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik. Masukkan bread crumb dalam beg plastik kemudian masukan ketulan ayam anda ingin menyaluti.
3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaput itu perlu di dimasukan dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng.

Friday, July 27, 2012

Pembedahan Ibu Untuk Menyerupai Anak

Macam2 dunia ni... kalau ada duit apa2 pun boleh dilakukan. Nak cantik? nak muda? nak kurus? ada duit sume boleh jadi... 

Seorang ibu begitu terobsesi untuk menjadi serupa dengan anak gadisnya. Padahal usia keduanya berbeza 22 tahun!


Gambar Sebelum Pembedahan

Untuk mewujudkan keinginannya itu, wanita Inggeris tersebut rela menghabiskan ribuan pounds untuk menjalani pembedahan plastik. Upayanya itu tidak sia-sia. Kini Janet Cunliffe bagaikan saudara kembar putrinya, Jane ...

Saturday, July 14, 2012

PETUA – Kuruskan Badan Tanpa Ubat

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

Thursday, July 12, 2012

SOFTEN teknik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk membuat orang tertarik kepada kita.

 
Tips ini datangnya dari Leil Lowndes, yang merupakan penulis buku untuk ‘How To Make Anyone Fall In Love With You.’ Dengar tajuk pun dah memang menarik.

Memang pandai si Leil ini menarik orang untuk membeli bukunya..hehe Sekadar info, Leil sememangnya seorang pakar dalam bidang komunikasi dan perhubungan. Banyak buku mengenai perkara ini telah ditulisnya.

Salah satu teknik yang digunakan atau diperkenalkan Leil adalah ‘Soften’


Wednesday, July 11, 2012

Pavlova Deeda Lova

Arini sepupu aku, Nini tido kat rumah so kitorang wat projek nak wat kek... teringin nak makan Pavlova. Senang je buat dia tapi ni la 1st time aku ngan Nini nak wat. Tapi meringue kitorang tu x naik gebu sbb Nini masukkan cepat sangat gula castor tu apa lagi cair la bahan doh kitorang tu. Tak dpt la nak bakar mcm tu je so amik keputusan letak dalam muffin cup untuk wat mini pavlova dan letak dalam bekas kek biasa tu... Bila bakar dia naik cantik sangat, gebu jer... wah! nasib baik. Kalau tak ingat nak wat lagi sekali... percubaan pertama kan, untuk kitorang makan lepas la... Aku amik resepi pun dari internet jer... senang sangat wat dia, korang cuba la...

Janji Syaitan



Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Monday, July 9, 2012

Ibu Susuan

Ibu Susuan

Seorang wanita yang menyusui seorang bayi baik lelaki atau perempuan yang bukan anaknya boleh menjadi ibu susuan kepada bayi tersebut. Ini boleh berlaku jika syarat-syarat berikut dipenuhi;


  1. Bayi yang disusukan adalah berumur kurang daripada dua tahun. Jika bayi tersebut berumur lebih dari dua tahun, maka penyusuan itu tidak menjadikannya mahram.
  "Dan ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."(Al-Baqarah : 233)
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Anak susuan tidak menjadi muhram melainkan disebabkan susu yang masuk ke dalam perutnya ketika menyusu. Ia hendaklah berlaku sebelum anak itu bercerai susu.”

Sunday, July 8, 2012

Bayi Kembar

Proses dan cara Pembentukan Bayi Kembar.

Bayi kembar merupakan sebuah peristiwa yang jarang didapatkan oleh pasangan suami istri. Kehamilan yang menghasilkan lebih dari satu bayi ini sangat diinginkan oleh kebanyakan orang. Mahu tahu bagaimana proses terbentuknya bayi kembar ini?



Proses terbentuknya:

Awalnya ada beberapa telur yang dilepaskan dari satu ovulasi. Indung telur tersebut dibuahi oleh sperma. Kemudian telur yang berhasil dibuahi tersebut membelah menjadi dua bagian.

Kadang – kadang juga hingga 3, 4, bahkan 5 bahagian. Perkara ini yang dapat menyebabkan terjadinya bayi kembar. Proses pembuahan tersebut dapat terjadi dengan sendiri tanpa ubat kesuburan.

Bayi Kembar

Cara mendapatkan bayi kembar:

** FAKTOR KELUARGA**

Jika didalam keluarga anda ada memiliki anak kembar, ada kemungkinan anda akan mendapatkan anak kembar juga. Faktor keturunan dan genetik juga mempengaruhi terbentuknya anak kembar.

** BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN**

Sebuah hasil penelitian didapatkan dari American College of Obstetrics and Gynecology bahwa dengan meningkatnya berat badan maka kecenderungan untuk mendapatkan bayi kembar akan terjadi.

** HAMIL DIUSIA TUA**

Memang kita ketahui bahwa hamil di usia diatas 45 tahun merupakan risiko yang sangat besar bagi para ibu. Selain dapat mengalami keguguran, kadar gula selama hamil pun dapat meningkat. Tetapi, pada saat usia tua inilah produktivitas ovulasi sangat tinggi sehinggal ebih dari 17% wanita yang hamil di usia 45 tahun keatas mempunyai kemungkinan akan mendapatkan anak kembar.

** PERMAKANAN**

Hasil dari sebuah penelitian yang dilakukan oleh peneliti Amerika Syarikat mendapatkan bukti bahwa makanan seperti kentang, ubi, dan susu dapat meningkatkan ovulasi pada sel telur sehingga kemungkinan untuk mendapatkan bayi kembar pun akan terjadi.

** KESUBURAN**
Selain dari semua hal tersebut diatas, faktor kesuburan sangat mempengaruhi. Di zaman yang serba modern ini, ada banyak cara yang dapat dilakukan untuk menyuburkan kandungan. Penyuntikan hormon pun dapat ditempuh demi mendapatkan si bayi kembar.

Di bawah ini ada serba sedikit tentang pembentukan tiga jenis anak kembar, dapatkah anda membuat perbandingan antara anak kembar seiras dengan anak kembar tak seiras?

** ANAK KEMBAR SEIRAS**
 
Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus ibu. Setiap fetus yang bertumbuh di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta. Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.

**ANAK KEMBAR TAK SEIRAS**
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan
dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak initidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

**ANAK KEMBAR SIAM**

Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahaglan kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenal sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak, atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk mengasingkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi. Bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda dan adik-beradik anda dilahirkan dengan sempurna tanpa kecacatan.

Artikel di ambil daripada : http://hamil.mustaffa.org/proses-cara-pembentukan-bayi-kembar

Saturday, July 7, 2012

Hasil keja suamiku



Rajin betul abg botak aku ni tlg buatkan design timeline utk business coklat dan vitamin C aku, alhamdulillah dpt plak order utk timeline Yati. Dia pun baru nak belajar tapi nampak improve dah design yang Abang botak aku buat. Dia minat dlm IM dan design2 sumer ni, boleh wat side income... belajar sendiri je dia tp alhamdulillah la sbb produk digital starterkit newbie dia dpt sambutan gak. Pasni abang nak wat ebook otai grafik plak... wah! dah maju laki aku sekarang ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.