Hari ini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk membuat orang tertarik kepada kita.
Memang pandai si Leil ini menarik orang untuk membeli bukunya..hehe Sekadar info, Leil sememangnya seorang pakar dalam bidang komunikasi dan perhubungan. Banyak buku mengenai perkara ini telah ditulisnya.
Salah satu teknik yang digunakan atau diperkenalkan Leil adalah ‘Soften’
S-Smile. Senyum kepada orang. PAstikan senyuman yang diberikan adalah senyuman ikhlas.
O-Open body. Menggunakan bahasa badan terbuka. Apabila bercakap atau berbual, pastikan muka, hidung, badan anda menghadap kepada pencerita. Jangan sekadar mengalih muka sahaja atau menunjukkan bahasa badan seperti tidak mahu mendengar.
F-Forward lean. Merebah badan anda ke depan. Ini memberikan bahasa badan bahawa anda tertarik dengan apa yang diungkapnya.
T-touch. Guna sentuhan. Contohnya dengan salaman atau sentuhan pada tangannya. Kalau kes bukan muhrim, tentulah tidak boleh.
E-eye contact. Gunakan ‘eye contact’. Menggunakan mata melihat tepat ke arahnya. Ini penting sebagai sebahagian bahasa badan yang positif.
N-nod. Mengangguk dengan perlahan-lahan. Memberi isyarat bahawa anda sedang memberi tumpuan terhadap apa yang dicakap kepadanya.
Semoga tips ini membantu!
No comments:
Post a Comment