Followers

flash

Saturday, July 28, 2012

Ayam gorenggg... baca stail Upin Ipin



TIP UNTUK AYAM GORENG BERSELAPUT HABUK ROTI/ BREAD CRUMB.
1.  Sekiranya ingin goreng ketulan ayam di selaputi Habuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu perlu direndamkan dalam susu butter atau susu cair sejat. Adunkan dengan 1 biji telur (ikut anggaran) dalam adunan .
2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik. Masukkan bread crumb dalam beg plastik kemudian masukan ketulan ayam anda ingin menyaluti.
3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaput itu perlu di dimasukan dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng.

TIP UNTUK  MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG KENTUCKY FRIED CHICKEN YANG LEBIH RANGUP :
1. Sediakan bahan salutan: 1 cawan susu krim dan masukkan sebutir telur. Pukul rata. Telur adalah pelekat yang baik untuk salutan seterusnya. Telur juga digunakan melekatkan tepung popia setelah diisi inti supaya popia anda tidak terbuka semasa goreng nanti. Dari gunakan gam tepung gunakan putih telur sebagai pelekat pada kulit popia yang telah diisi inti. 
2. Sediakan bahan kering (tepung) untuk salutan. Bahan salutan untuk ayam KFC resepi original ini ialah 1 1/2 cawan tepung gandum dicelur tepung biasanya (kering) dengan kadaran 1 1/2 cawan tepung jagung untuk ranggup. Sekiranya anda ingin keras sedikit ranggupan untuk tahan lama tanpa kawalan suhu tambahkan satu sudu besar tepung beras atau tepung ubi.

3. Jangan lupa masukkan 1/2 sudu serbuk penaik (baking powder). Baking powder punyai cara tersendiri untuk mengaringkan ketulan ayam anda. Masukkan perencah ke dalam tepung tersebut seperti berikut: 2 sudu kecil (tsp) garam, 1/2 tsp serbuk cili, 1 tsp serbuk bawang, 1 tsp serbuk bawang putih dan anda juga boleh mencuba rahsia resepi KFC original yang lama seperti berikut : 2 cup tepung gandum biasa, 1/2 sudu baking powder, 2  cup tepung jagung, perencahnya: 1/2 tsp thyme, 1/2 tsp oregano, 4 tbsp paprika, 1 tbsp serbuk halba (mustard), 1 tbsp serbuk lada hitam, 2 tsp garam bawang putih dan 1 tbsp garam celery ( 8 ketul ayam), 6-8 cup minyak masak, 2 butir telur yang dipukul untuk salutan awal sebelum diadunkan dgn tepung. Suhu gorengan 315 F. Masa 10-15 minit.
4. Sekiranya anda ingin keranggupan yang lebih, buat salutan dua kali. Ulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian tepung kering.
TIP UNTUK AYAM GORENG MAMAK NASI KANDAR
1. Ketulan ayam perlu di peram dengan bawang putih, halia, bawang dikisar dan juga serbuk kari dan daun kari yang dihiris. 
2. Masukan telur yang telah dipukul sebelum celur dalam tepung yang telah dicairkan dengan air. 
3. Tentang kelikatan adunan tepung terpulang pada anda. 
4. Ketebalan salutan terletak pada adunan tepung yang ditambah serbuk kunyit untuk kekeningan. 
5. Mamak tak pakai baking powder tetapi gunakan sedikit kapur makan. Tapi awas kegunaan kapur makan kerana ia memerlukan pengalaman. keputusannya sama dengan Baking Powder.  
6. Mamak suka buat adunan tepung beras dan tepung gandum kerana ia lebih tahan lama dalam keadaan sejuk.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.