Followers

flash

Friday, February 18, 2011

Belajar buat BLOG

Bukan aku nak ajar korang wat blog...budak2 tuisyen aku mintak tolong ajar dorang buat blog sebab cikgu dorang bagi assignment suh buat blog untuk kelab komputer sekolah. Sapa lagi kalau bukan Aina Kerek dan Shuha Gedik tu. Aku terpikir gak, untung budak2 sekarang, masuk kelas komputer belajar internet, belajar wat blog, belajar chatting. Aku teringat masa aku budak2 dulu, zaman tok kaduk (isk... macam tua sangat plak) kitorang x da internet2 ni. Belajar pun microsoft office jer... hehe budak2 sekarang benda2 tu x payah belajar ye tak? zaman teknologi kan... budak2 sekarang cepat belajar, cepat pandai (kebaikan dia la) cepat belajar yang x senonoh tu keburukan dia la... tapi nak wat macam mana kan... teknologi bergerak seiring dengan kemajuan dunia. Tak kan kita nak ketinggalan pulak! cuma kena kawal la anak2 kita dari melampau batas dan kena terapkan ilmu agama dan nilai2 murni gak pada mereka ni.



Aku register blog ni punya la lama... x silap 2007 kot tapi baru aktif nak berblog ni start tahun ni. Hehe sebelum ni x minat langsung nak wat blog... bukan x minat sebenarnya tapi ada rasa malu, segan dan rendah diri untuk publish diri dekat org ramai. Kalau buat blog untuk diri sendiri x da orang baca, apa gunanya ye tak? Walaupun personal blog, akan ada orang yang baca blog kita, ntah aku malu kalau orang baca apa yang aku tulis sebab segala tulisan aku kat sini adalah luahan hati aku, apa yang berlaku kat sekeliling aku dan apa yang aku nak kongsi ngan korang semua. Nasib ada Abang Botak aku bagi semangat untuk berblog ni... kalau x terperam je la blog aku sampai beberapa tahun akan datang kot.





Selain dari kongsi hari2 kita dengan orang lain, blog jugak boleh jana side income... aku x terpikir plak buat blog bleh dapat duit. Macam blogger jutawan kita Redmummy tu kan? tapi berbaloi la usaha keras dia selama bertahun2 berblog ni. Aku suka gak baca celoteh Kak Red dan keletah anak2 dia kat blog merah tu. Nak sampai ke tahap macam kak Red tu perlu mengharungi bermacam2 dugaan dan rintangan (bukan bercinta jer perlu harungi sume tu tau). Bukan buat blog je terus dapat duit, kena la usaha macam bekerja dan berniaga jugak la kan. Ala... sikit2 lama2 jadi bukit... kalau ada rezeki x kemana.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.