Followers

flash

Sunday, February 13, 2011

Suami curang gilakan JANDA

Masih ingat dengan entry aku yang bertajuk 'Suami kau curang' dulu tu? ni aku nak buat sambungan kepada entry tu... kiranya update cerita la. Aku baru dapat cerita yang suami curang tersebut telah menjatuhkan talak 2 kepada kawan baik aku ni. Bergegar tiang arasy bila berlakunya penceraian. Perkara halal yang dibenci Allah ialah talak.

Gambar di bawah sekadar hiasan je yek... nak kan mahkamah syariah tu punya gambar... cik abang tu sebagai prop jer ( x kenal pun)... jangan mintak komisyen dah la ye...

Semua yang berlaku disebabkan suami dia gilakan JANDA... aku dah agak, kalau perempuan yang dah berumur macam tu (tengok gambar dia peluk2 dalam FB la) kalau x JANDA mesti ANDARTU. Pompuan2 desperado macam ni la yang mengganggu rumahtangga orang lain. Aku tak salahkan semua janda macam tu sebab aku pun pernah memegang tittle 'miss J' tu tapi aku x la desperado sanggup rampas laki orang. Sebabnya? aku pernah rasa macam mana sakitnya hati bila suami kita kena rampas. Dan bukan semua andartu perangai x senonoh macam tu, anak dara yang kategori pompuan GEDIK pun tak kurang gatai B**** nak kan laki orang gak. Dorang ingat suami orang ni dah establish kedudukan dia dan bleh shower dorang ngan macam2... huh! masa bercinta bleh la ko nak merengek nak tu ini... tunggu ko dah kawen nanti. Ko tau la dapat ke tak!
"Berkahwinlah dan jangan bercerai kerana sesungguhnya arasy bergegar kerana talak." (riwayat `Amr bin Jumai'in)
Aku pun x paham sebenarnya apa yang lelaki cari yek? nak kata x da anak, ada 4 orang. Nak kata tak de anak lelaki, anak lelaki dan perempuan pun dah ada. Dah ikat peranakan pun sebab kena c-section 3 orang anak dia. Mungkin sebab nak pompuan yang bekerja kot sebab bini dia surirumah. Tapi bini dia bukan x cari income kecil2an... ada gak aku dgr jual kueh dan jaga anak orang... tapi sebenarnya semua ni terletak pada INDIVIDU tu sendiri... kalau memang jenis bertuankan nafsu dan x pernah bersyukur apa yang ada susah la nak cakap kan? Harap kawan aku tabah la dalam menghadapi dugaan yang mendatang... seperti entry sebelum ni... semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.