Followers

flash

Sunday, January 30, 2011

Tanda2 dia JODOH kamu




Petanda 1


Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Saturday, January 29, 2011

Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari @ Fatine, kahwin di London takut pulang ke Malaysia

Ooo ini rupanye pondan Malaysia yg kawen kat London turr... hehe sekurang2nya dia kawen kan? asal la wanita yang tulen kat Malaysia ni x nak kawen2 tapi wat maksiat kan... dia yang susah payah tukar jantina untuk jadi pompuan dan kawen plak tu... tapi kawen x nikah la kan? dapat lelaki kaya lagi... kelassss ahkak ni!


LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.

Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.

"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.

Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".


Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".

Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.

Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran foto "salah".

Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula, namun permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.

Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.

Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.

Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.

Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih sedang diproses oleh Agensi Sempadan UK. Justeru, katanya, Fatine tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh di UK.

"Setahu saya, pihak berkuasa tidak dibenarkan menahannya buat masa ini," katanya.

Ekoran laporan tersebut yang tidak memaparkan perkara sebenar, Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.
Fatine (duduk) kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk bersama dengan lelaki yang dikasihinya.

"Kami cuma mahu berkahwin, hidup bahagia bersama. Satu-satunya cara kami dapat berbuat demikian adalah di UK," kata Young.

Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.

"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya

Friday, January 28, 2011

Bonus David Teo... x da plak artis nak rebutkan apek ni yek?

Wah! best betul kerja ngan David Teo kan... dapat bonus yang berupa wang, rumah dan kereta sebelum Chinese New year ni. Macam ni la boss yang baik, filem meletup dapat la bonus lebih sikit. Cara keje orang cina nampak kan beza dgn kita melayu ni... dorang memang menghargai pekerja... satu contoh yg baik utk orang yang berniaga dan para boss2 sekelian. Islam pun menggalakkan kita memberi, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Kalau kita bersedekah pun, x luak harta kita malahan kita akan dapat lebih dari yang kita beri... mudah2an.

Meh tgk sapa2 yang dapat bonus dari apek ni... of coz la yang dapat tu pekerja dia dan pelakon2 yang berlakon filem dia x kan korang kot... hehe... Gambar ni sebahagian dari yang dapat la... x da keje aku nak download sume gambar, sikit2 sudeh! bukan dorang bagi pun bonus tu sikit... hehe



Thursday, January 27, 2011

Perempuan bila x da maruah




Kesian jugak dekat Pasa Sendat kan? bila pompuan yg x da maruah bila bercakap macam tu la! Semua hubungan dia nak bagitau satu dunia... ingat orang nak kesian ke? aduhaii... tu belum lagi bercerai... baru bercinta dan putus cinta dah canang cerita satu dunia... tu la dikatakan hukum karma. Dulu ko buat orang, ganggu umah tangga orang pastu bila hubungan ko kena ganggu taupun ko marah, sakit hati. Tak rasa malu ke dia bila dia cerita macam2 dekat surat kaba tu? iskh~ lupa plak! dia mana reti malu kalau dia malu x kan la dia pakai bikini kat Bali tu kan? hehe. Sudah2 la tu Pasa Sendat oiii... daripada maruah ko jatuh dan orang pijak pastu ko dah x laku lagi nanti baik la ko diam2 sudah! cari la jantan lain yang lebih kaya dari Jejai tu... kalau ko rasa ko cantik sangat la kan... bosan baca cerita ko jer hari2. Simpan je la bukti2 perhubungan ko tu buat pekasam! macam bagus je Minah ni...



Patut la dia meroyan bila tgk gambar2 Nora Danish dan family Jejai holiday kat Jepun turr...aku ceduk gambar dari Oh! bulan. Kiranya tabah gak la Nora ni yek... dah bercerai pun sanggup lagi jumpa dan bercuti bersama family ex husband dia. Mungkin la sebab anak kan? lagipun yang terputus hubungan antara dia dgn jantan tu jer tapi anak dan family ex husband dia masih sayang kat dia. Harap2 jangan la dia rujuk balik, melainkan jantan tu betul2 insaf dan ingin menebus kesilapan. Tapi kalau perangai tetap macam tu gak x berubah... x payah la Nora... ko cari je la lelaki yang lebih baik dari jantan tu.


Wednesday, January 26, 2011

Cantiknya mata die...


Dia merenung korang dgn tenungan makrifat... cantik kan mata dia?



Tengok tu... manja je dia ngan penjaga tu.




Little Margaret, who is the first female Rothschild giraffe born at the zoo, is being hand-reared by her dedicated keepers. The first calf for six-year-old mum Fay, Margaret, who was born two weeks early, tipped the scales at just 34 kilos (75 lbs) and is a mere 5ft tall.

Tim Rowland's, team leader of the Giraffes section, said: 'Margaret is one of the smallest giraffe calves we have ever seen. Fay isn't the largest of giraffes and Margaret was also early which might go some way to explaining her size. 'Margaret was having difficulty suckling so our keeping team are now hand-rearing her'.

Tuesday, January 25, 2011

Korang rasa ori ke buat bibir minah ni?


Cantik gak yek anak dara Rohana Jalil yang baru berusia 18 tahun ni. Minah di gossipkan tgh asyik masyuk bercinta dengan Yusry KRU... betul ke? iskh~ x sesuwai la Yusry oii, muda sangat sekolah pun x abis lagi ni.Tapi tu hanya gossip kan sebab minah ni bakal kua album single di bawah KRU tak lama lagi, dia jugak berlakon dalam filem seram baru KRU iaitu KARAK dengan Shahir AF8.



Bukan pasal minah ni yang aku nak promote tapi nak cerita sikit pasal bibir dia. Korang rasa dia buat bibir ke? seperti yang semua sedia maklum mak dia memang terkenal dengan ratu botok dan aku rasa x mustahil dia ni pun buat bibir gak. Konon2 nak macam Angelia Jolie la turr... cantik ker? macam pelik ada la...

Sunday, January 23, 2011

Suami muda yang manja

Betul ke orang kata suami yang muda daripada isteri selalunya seorang yang manja? tak kisah la muda setahun ke 2 tahun ke 15 tahun ke malahan ada yang berpuluh2 tahun. Mesti la lelaki muda tu akan manja bila dapat pompuan yang matang? hehe... tak semua lelaki muda yang x matang dan x dapat pikul tanggungjawab, ada lelaki tua pun masih x matang2 dan x bertanggungjawab, macam ne? tak kisah la lelaki tua atau muda asalkan pasangan tu serasi, memahami dan yang penting jodoh pertemuan di tentukan oleh tuhan.

Meh kita tengok carta suami paling muda ( aku kategorikan suami paling manja la... hehe)

1. Pasangan yang mengungguli  carta paling atas dalam kehebatannya mendapat suami muda mesti la jatuh pada Nek Wook Kundor, 109 dan suaminya Mat Noor, 40. Beza usia 69 tahun turr...


2. Tangga kedua yang aku tau la... makcik Rosnah Mat Aris, 55 dan suaminya Tajul Effendi Isa, 29. Beza usia 26 tahun. Tapi makcik ni x nak expose gambar suami dia la... takut kena ngorat kot! al-maklum la... andartu dan mak janda sekarang suka rampas laki orang lagi la plak  laki dia aku dengar2 hensem orangnya...



3. Tangga ketiga pula aku bagi kat Kak Rita Rudaini Mokhtar, 34 dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak, 23. Beza usia 11 tahun tapi Rita ni cantik x la nampak beza sangat sekarang ni... dah tua nanti baru nampak perbezaannya kot! Tapi yang x best dorang ni kawen lari kat Siam dan sekarang perkahwinan dorang tgh goyang... tapi dengan keadaan Rita yang tgh mengandung anak ke-2 aku harap semoga perkahwinan dorang berkekalan dan bahagia hendaknya.


4. Tempat keempat, lupa plak aku nak masukkan hot Mama, janda si Akhil Hay ni dalam carta aku... Maizawati, 33 dan suaminya Mohd Yassin, 23. Maiza janda anak 6 pernah 2 kali kawen sebelum ni dan ini perkahwinan ke 3 dan dapat teruna lagi... Sekarang dia tengah mengandung 6 bulan, huh! hebat kan penangan cik kak ni? Harap berpanjangan la jodoh kalian.



5. Tempat kelima si Ayu Raudah, 27 dengan suaminya Aidil Zaquan Abdul Radzak, 23. Beza usia 4 tahun. Tak la banyak mana, okey la tu bagi lelaki yang sukakan wanita matang. Lagi pun dorang memang sepadan dan mereka baru saja melangsungkan perkahwinan semalam. Selamat Pengantin Baru! semoga bahagia hingga ke akhir hayat.


6. Tempat keenam... nak interframe gak! aku dapat lelaki muda gak sebagai suami dan aku akui suami aku sangat manja... hehe but I LIKEEE... Beza usia kitorang x banyak sangat pun 2 tahun jer, lagipun aku x nampak tua sangat dari dia rasanya. Dia lebih nampak matang dari aku dari segala segi. Lagipun dia anak sulung dan aku anak tunggal... Semoga bahagia milik kami sehingga ke hembusan nafas yang terakhir, cewah! amin... insya Allah


6. Saja nak masukkan sepupu aku yang x kurang hebatnya mendapat lelaki yang lebih muda ( kitorang x panggil la anak ikan... itu kategori beza umur yang banyak sangat... kita gelarkan dapat pucuk muda... hehe). Minah ni Nini Mokhtar, 30 dan suaminya Ar Masri, 29. Beza usia setahun je berbanding dengan mak dia iaitu Mak Yung aku yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Lagi hebat aku rasa! ini baru di namakan keturunan... hehe jangan marah ye!


 *** Sydina Khatijah lebih tua daripada Nabi - Nabi 25, Sydina Khatijah 40 dan Sydina Khatijahlah isteri yang paling dikasihi dalam banyak2 isteri Nabi dan hanya Sydina Khatijah sahaja yang mampu beri Nabi anak. Begitu juga Napoleon Bonaparte kawen dengan Josephine yang 7 tahun lebih tua. Walaupun Napoleon kawen dengan Puteri Austria Anna Maria yang baru 17 tahun sebagai isteri ke-2, tetapi Napoleon mati dalam dakapan Josephine de Bonnis. 

Saturday, January 22, 2011

Suami KAU curang!


Apa yang korang akan buat bila dapat tau suami kepada kawan baik anda curang? Nak bagitau atau diam kan jer? Isteri kepada mamat ni ada FB tapi jarang la online tapi suami dia memang tiap2 hari aku nampak dia online... masalahnya sekarang dia dah berani tayang gambar dia berpeluk2 sakan dgn awek dia dalam FB... seperti biasa la bila jantan dah gatal dia x kan letak status dia sebagai 'married' dekat situ. So yang peliknyer adik beradik dia atau saudara mara dia yang dalam FB tu diamkan jer ke perbuatan abang dorang yang dah kawen dan beranak pinak tu ada skandal ngan anak dara tua atau janda gatal macam tu? tapi mengikut pengalaman aku family suami dia ni memang huru hara sikit... kononnya x nak jaga tepi kain orang... BULLSHIT! family x guna kalau dah sampai abang sendiri buat perangai masih nak diamkan. Tak faham aku dgn family hampeh macam tu. Kalau tak nak campur hal rumah tangga abang dia pun sekurang2nya nasihat la abang tu ni tak... tak kena kat batang hidung dorang lagi cuba kalau laki dorang wat hal macam tu tapi adik diam jer... siap coverline lagi perbuatan x bermoral abang dia... baru ko akan tau langit tinggi ke rendah!


Aku cuma kesian kan kaum pompuan macam membe aku ni... kena tipu hidup2 ngan laki tak guna dia tu. Dia duk umah jaga anak, laki dia plak kat lua duk jaga anak dara tua yang gatai ( tak pasti aku betina tu anak dara tua atau janda). Yang betina tu pun satu, cuba jangan rampas suami orang! Dah tak da jantan lagi ke dalam dunia ni? suami orang gak yang ko nak! kalau andartu memang la betina desperado! gatal B***** kalau janda plak, betina tu dah sangap sangat nak jantan la turr... kalau ikutkan hati nak jer aku bgtau tapi nanti jadi perang plak, umahtangga dorang porak peranda, kalau di diamkan cian aku dgn dia asyik mengadu masalah suami dia. Abis tu aku nak wat macam mana? Aku cuba bagi hint je la kot... lagi best kalau dia dapat tau sendiri, biar dia bukak FB dan tgk...

Tak faham aku perangai lelaki yang macam ni... dah ada isteri dan anak2 pun masih lagi nak cari bini lain, fitrah lelaki x pernah bersyukur dengan apa yang ada depan mata. Nak kata mampu sangat berbini 2... aku tgk duit tak pernah cukup pun bila dgn isteri dia tapi bila ngan betina lain cukup la plak nak bawak makan, tgk wayang dan jalan2... erm... tak paham aku dgn perangai jantan SIAL macam ni... Tak boleh gak nak salahkan semua lelaki, sebab tak semua lelaki yang gatai macam tu ada lelaki yang baik malahan sangat baik tapi bini dia pulak yang buat perangai. Kalau nak kata keturunan mungkin gak boleh mengikut... hehe kalau dah bapak dia kawen 2 3... anak dia pun berkemungkinan kawen 2 3 akan datang. Ni mengikut teori la... kalau tak keturunan mungkin kuturunan kot?

Friday, January 21, 2011

Say NO to COKE

Iklan COKE yang di siarkan di Eropah.



Renung renungkan lah wahai saudara saudari. 


Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah. Kita sering melaungkan ANTI YAHUDI tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini. Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam. Masih Nak Minum Coke Lagi .?



Thursday, January 20, 2011

Berdiam diri lebih baik

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak
berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerna senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.