Hari tu sebelum bertolak balik Besut, Trengganu... aku dah wat reservation utk 2 org makan2 kat flaming steamboat ni. Memandangkan adik ipar aku ikut sekali balik kampung so kitorang pun bawak la sekali gi makan just tambah RM28.90 jer sebab kitorang guna Groupon. Banyak gak pilihan makanan kat cni berbanding kat Qthai yang aku pernah makan tu. Dan paling best sebab dia punya seafood besar2 dan nampak segar. Kat sini boleh amik minuman sesuka hati dan ABC pun ada tapi aku x ambik pun.
Aku ambik banyak cendawan, scallop dan abalon ni
Seafood punya bekas ni betul sebelah meja kitorang
Kat cni ada nasi minyak... Abang Botak sempat makan nasi
Dah licin dah
Muka Abang Botak tak sabar nak balik kampung
Kita minum dulu!!!
Abang Botak dengan Ngah, adik Ipar aku
Mestilah gambar kitorang berdua yg kekenyangan
No comments:
Post a Comment