Followers

flash

Friday, December 31, 2010

Bye Bye 2010

Arini last day utk tahun 2010... banyak suka duka yang aku rasa aku telah hadapi dalam tahun ni. Permulaan tahun yang begitu indah sekali tapi pertengahan tahun yang amat pahit. Alhamdulillah akhir2 tahun yang amat membahagiakan hidupku. Tahun ni jugak sebagai pengajaran buat aku dan suami dalam mempercayai manusia walaupun saudara sendiri... orang2 yang x berguna macam ni perlu di jauhi dan di buang terus dalam hidup kami. Aku ingat saudara sendiri boleh di percayai rupa2nya lagi teruk aku di kenakan dari orang luar. Walaupun aku teruk difitnah dan nama kami busuk di mata sesetengah orang tapi semua tu tak beri kesan pun pada kami kerana kalau kita x buat kebenaran itu akan di ketahui juga akhirnya. Kesan tu akan berbalik pada orang yang mulut longkang dan hati busuk tu. Pertolongan yang di beri tuba yang di balas... orang yang x sedar diri macam ni la yang perlu di jauhi seperti kata pepatah bagai melepaskan HANJING yang tersepit. Tak pe... walaupun aku terus2an di aniaya... doa orang yang teraniaya ni makbul dan aku harap sinar utk hidup kami di tahun baru ini.


yangD33D4

Monday, December 27, 2010

Novel

Korang minat baca novel? Aku sebelum ni memang minat baca novel pun tapi bab nak membeli tu memang susah... hehe sebab aku jenis yang bila dah baca satu2 novel tu aku dah x ulang dah so kalau beli rasa rugi plak. Untung gak dapat suami yang mempunyai minat yang sama, suka baca novel dan membelinya sekali... thanks Abang. Abang la memperkenalkan aku dgn karya2 Ramlee Awang Murshid ni, kalau tak aku dulu asyik nak baca novel cinta jer... huh! tak berkembang langsung minda. Setelah aku baca novel2 dari Abang Ram (seperti panggilan dalam kelab beliau) aku memang jatuh hati dgn karya2 seperti Bagaikan Puteri, Cinta Sufi dan tak sabar nak tunggu sambungan trilogi Laksamana Sunan ni. Kalau korang minat baca novel2 cinta jer... apa kata alihkan minat tersebut utk cuba baca kisah2 triller dan fantasi seperti karya2 Abang Ram ni. Jalan cerita yang memang berlainan dan kadang kala tak terpikir dek minda kita.

Kalau la naskah2 yang baik macam ni difilemkan rasanyer boleh box office tapi kena dgn pengarah dia la. Novel yang baik apabila jalan ceritanya boleh membuatkan pembaca berfikir dan ingin berubah diri ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. Di bawah adalah novel terbaru beliau yang baru dilancarkan pada 6 Disember lalu. Aku dah beli dan habis baca dalam 1 hari, hehe... rasanyer akan ada sambungan kot. Kredit tu Ramlee Awang Murshid kerana karya2 anda memang hebat!


RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

yangD33D4

Sunday, December 26, 2010

Filem Hikayat Merong Mahawangsa


Filem Hikayat Merong Mahawangsa, atau dalam tajuk Inggeris, The Malay Chronicles: Bloodlines merupakan sebuah filem terbitan KRU Studio akan ditayangkan secara serentak di 34 negara, pada 10 Mac 2011. Keunikan filem ini mengabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom.

Susunan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra menguatkan lagi jalan cerita Hikayat Merong Mahawangsa, yang juga didokong oleh penggunaan teknik CGI yang amat cantik, dan natural. Kami lihat percubaan berani KRU Studio untuk menghasilkan filem bertaraf antarabangsa ini, boleh berjaya.

Filem yang pastinyer ramai x sabar2 nak tgk selepas 'Magika' kan? tgk trailer filem ni pun dah teruja dan harap2 lah filem ini sehebat budget yang bleh tahan gak mahalnyer



Sinopsis filem ini yang...

Mengisahkan Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?





yangD33D4

Saturday, December 25, 2010

Merry Xmas

Wah! hari ni ari krismas tapi aku bukan nak cerita pasal hari xmas tapi just nak wish selamat pengantin baru buat sapa2 yang naik pelamin arini... Alhamdulillah naik pelamin lagi sekali gak dia, bagus lah dari buat maksiat lama2 baiklah kawen kan? Aku x terasa sikit pun bila mangkuk ni kawen lagi... x heran dan x kisah pun... tapi yang aku heran kenapa la nak cover2 mangkuk ni nak kawen? kalau bgtau atau jemput pun x salah aku rasa... hehe tapi untuk aku pergi hadiri perkahwinan dia tu NO WAY la... x da maknanyer... Semoga perkahwinan dia kali ni membuatkan dia lebih bertanggungjawab dan sedarlah ko tu dah jadi laki orang... jangan abaikan nafkah (bukan nafkah batin jer ko kena penuhi tapi yang paling penting nafkah ZAHIR tur). Dan ingatlah hutang nafkah perlu di bayar sebab tuhan akan tanye nanti bila ko dah mati. Aku x kan halal walau sesen pun.

Aku rasa bebas sangat sekarang ni nak gi mana2 dalam KL ni... sebab aku pasti kalau pergi ke ceruk mana pun insya Allah aku x akan bertembung dgn mangkuk ni sebab dia dah pindah ke bandaraya yang dulu bersejarah sekarang dah maju tu... aku harap dia pun turut maju bersama majunyer bandaraya tersebut. Bagus lah dia pun dah bawak sekali 'celah ketiak' dia bersama... dulu dia x boleh nak pindah KL sebab 'celah ketiak' dia x ikut sama. Semua tu alasan... adoyaii! Aku dgr sebelum kawen byk ujian dia hadapi! aku x doakan yang buruk utk dia tapi just nak ingatkan dia ujian yang di baru dapat tu adalah terlalu sikit dan semoga ko tabah dalam hadapi ujian yang lebih besar di hari mendatang. Kang melalut panjang sangat kang ada plak orang yang baca terasa plak dan yang pasti mangkuk tu x akan baca. Kalau korang nak sampai kan pun apa salahnyer... lantak korang la dah memang dia tu spesies MANGKUK JAMBAN...

yangD33D4

Tuesday, December 21, 2010

Wanita dan unsur-unsurnya



Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Baca dan fikirkan di manakah anda. Mungkin apa yang dikatakan ada kebenarannya. Hahayatilah pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

* Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
* Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
* Tidak sukaa membantah atau membangkang.
* Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

* Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
* Mengambil berat.
* Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
* Menenangkan pasangan.
* Sangat romantis.
* Mudah menangis.
* Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.

WANITA BERUNSUR API

* Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumahtangga.
* Penasihatyang baik.
* Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
* Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
* Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

* Lemah lembut dan menenangkan.
* Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
* Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
* Bijak mewujudkan suasana selesa.
* Hati yang cepat berubah ubah.




yangD33D4

Technofobia

All of you MUST TAKE TIME TO READ THIS!!! VERY IMPORTANT!!!


GPS
A couple of weeks ago a friend told me that someone she knew had their car broken into while they were at a football game. Their car was
parked on the green which was adjacent to the football stadium and specially allotted to football fans. Things stolen from the car included

a garage door remote control, some money and a GPS which had been prominently mounted on the dashboard.


When the victims got home, they found that their house had been ransacked and just about everything worth anything had been stolen.


The thieves had used the GPS to guide them to the house. They then used the garage remote control to open the garage door and gain

entry to the house. The thieves knew the owners were at the football game, they knew what time the game was scheduled to finish and so
they knew how much time they had to clean out the house It would appear that they had brought a truck to empty the house of its contents.

Something to consider if you have a GPS - don't put your home address in it. Put a nearby address (like a store or gas station) so you
can still find your way home if you need to, but no one else would know where you live if your GPS were stolen.


MOBILE PHONES

I never thought of this.......


This lady has now changed her habit of how she lists her names on her mobile phone after her handbag was stolen. Her handbag, which

contained her cell phone, credit card, wallet... Etc...was stolen.
20 minutes later when she called her hubby, from a pay phone telling
him what had happened, hubby says 'I received your text asking about our Pin number and I've replied a little while ago .'


When they rushed down to the bank, the bank staff told them all the
money was already withdrawn. The thief had actually used the stolen

cell phone to text 'hubby' in the contact list and got hold of the pin

number. Within 20 minutes he had withdrawn all the money from their
bank account.


Moral of the lesson:

Do not disclose the relationship between you and the people in
your contact list.

Avoid using names like Home, Honey, Hubby, Sweetheart, Dad,
Mom, etc....

And very importantly, when sensitive info is being asked through texts, CONFIRM by calling back.


Also, when you're being text by friends or family to meet them somewhere, be sure to call back to confirm that the message came
from them. If you don't reach them, be very careful about going places to meet 'family and friends' who text you.

Monday, December 20, 2010

How to choose perfect fit panties




Should we say there are tons and tons of panty styles, fabrics and designs to choose from? I think you suspect that. But what we probably should mention is that knowing your panty (not pants) size is important for finding those that fit you perfectly. Follow our tips on how to choose perfectly fit panties and learn how to know your panty size and choose perfectly fit panties.

Wrong-size panties are as unflattering as a wrong-size bra. They also can cause discomfort and painful lines on your hip/waist area. Bulges, chaffing and painful wedgie are the things to avoid with perfectly fit panties.

How to choose perfect fit panties

How to take measurements for waistline panties

If you wear waistline panties take the tape and measure your waist at the hip bone crease. If you don’t see it, try bending to one side. Don’t cinch your waist with tape while measuring as it will go smaller than your real size. The tape should sit not too loose and not too tight. Write down the number and it will mark your panty size. Remember that you cannot choose hipsters (hiphuggers) by your waist size as women’s hips are naturally wider than the waist. Otherwise it will create an unflattering bulge around your mid section and cause painful lines. For high-waist panties measure your waist at its thinnest.

How to choose perfect fit panties

How to take measurements for hipsters (hiphuggers)

To measure your hips properly, wrap the tape around your hips at their fullest. Be sure the tape is straight and parallel to the floor. Again the tape should sit evenly around your hip, not too tight or loose. The size you’ll get will work well for string, bikinis, thongs, hiphuggers and other panties that start at the hips.

What to look for in panties

For comfort and perfect fit look for the following things in the panties before purchase: comfortable crotch made of good fabric and well lined, comfortable elastic waistband, not too tight or loose, if you wear boyshorts the leg band should be comfortable as well. The fabric should be soft, pleasant to the touch and breathing. As natural fabrics are usually soft and breathing they are perfect for everyday wear.



yangD33D4

Funny SMS

Husband asks: Do you know the meaning of WIFE? It means…

Without Information, Fighting Everytime!
WIFE says: No darling , it means :-
With Idiot For Ever


what is the best punishment for a woman?

give her new clothes
matching her jewelry
and nice cosmetics
and then
lock her in a room without mirror.


You are not responsible for

what people think about you.
But you are responsible for
what you give them to think about you.


Message of the year:-

Women live a better, longer & peaceful life..!!
Why? Very simple…
A woman does not have a wife..!!!


Man: My wife is too good,

She can’t talk on any subject for hours.
Friend: Ahh !! My wife is better,
She doesn’t even need a subject to talk about.


Wife: I wish I was a newspaper

so I would be in ur hands allday.
Husband: I too wish that u were
a newspapers so I could have
a new one everyday.

A dying granny was talking to her grand daughter:
"I may die any moment so I want you to inherit my farm including the villa, the tractor, the farmhouse & all the livestock.

Wow said the granddaughter:
Thanks granny, I didn't know you even had a farm & all this wealth! Where is it???

Grandma replies: on 'Facebook'

Friday, December 10, 2010

Hati kering

Apa yang di maksudkan dgn hati kering? Setahu aku la hati kering ni orang yang x takut buat apa je… buat ikut suka hati dia jer dan x pikir perasaan org lain. Selalunyer orang lelaki yang di kaitkan dgn hati kering ni tapi rasanyer pompuan pun dah sama jer dgn lelaki memiliki hati kering gak… kan pompuan kata apa yg lelaki buat dorang pun boleh wat gak! Kalau tak, x kan ada macam2 isu yang melibatkan pompuan sekarang ni... tgk jer kes kena tangkap sebab bawak dadah ke luar negara dan sanggup lari ikut jantan ke Lombok. Semua tu sebab hati kering la, sanggup lakukan apa saja demi mendapat apa yg di hajati.

Pepatah lama pun ada menyebut, ikut hati mati dan ikut rasa binasa. Dalam apa yg kita lakukan rasanya berfikir la dulu sebelum bertindak... jgn ikutkan rasa hati kita sebab kadang2 hati kita x dapat mentafsir seperti akal. Tapi biasala kita sebagai manusia x lari dari melakukan kesilapan. Cuma belajar la dari kesilapan yang telah kita lakukan supaya kita x melakukan kesilapan itu semula... jangan pisang berbuah 2 kali. Anggap jer kesilapan yang pernah kita lakuakn sebagai pengajaran dan sejarah dalam hidup kita utk mencapai kehidupan yang lebih berjaya di masa akan datang...

Monday, December 6, 2010

Pelaburan Emas

Macam mana caranyer pelaburan emas ni ye? Berminat gak nak join benda ni tapi bila tgk modalnyer... erm x mampu la plak... kalau beli emas fizikal modal agak besar la tapi rasanyer lagi untung berbanding kalau kita wat simpanan emas... kena survey lagi ni...

Dengan itu kami ingin menawarkan kepada anda platform pelaburan EMAS fizikal yang terbaik dan menguntungkan. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga market dan kami boleh membantu anda untuk menggandakan stok emas anda sebanyak 3 kali Ganda daripada pembelian cara biasa. Manfaatkan 'the power of arrahnu". Stok barang kemas kami terdiri daripada Dinar, Jongkong & juga rantai EMAS 999. Bertindaklah segera sebelum nilai wang kertas anda menyusut.

KEUNTUNGAN kepada semua ;

1) Pihak kami ; untung dapat menjual EMAS dalam kuantiti yang banyak.

2) Pihak anda ; untung dapat membeli EMAS dalam kuantiti yang banyak,
dengan modal minima.

3) Pihak arrahnu ; dapat untung melalui upah simpan(lebih kurang 0.65% dari
market value)Jadi, kita dapat lihat disini bagaimana ekonomi umat Islam akan
berkembang maju.


Simulasi pengiraan pembelian pada harga emas rm160 segram;

100g EMAS ; Modal pelabur rm6k , arrahnu rm10k
200g EMAS ; Modal pelabur rm12k , arrahnu rm20k
300g EMAS ; Modal pelabur rm18k , arrahnu rm30k


999 Gold : RM166.00/gm
916 Gold : RM157.00/gm
835 Gold : RM144.00/gm
750 Gold : RM131.00/gm
375 Gold : RM71.00/gm

Salah satu artikel yang aku baca di website jutawan emas... menarik ni utk di kongsi bersama

Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank

Ditulis pada 29 June 2008 – 6:31 pm | by syukor |


Selain membeli emas fizikal, kini anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.

Di Malaysia terdapat 2 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:


1. Public bank – Gold Investment Account (GIA)

2. Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA)


Saya telah pergi ke Public Bank dan Maybank untuk mendapatkan maklumat mengenai skim simpanan emas dan ingin berkongsi maklumat ini dengan anda.

Mari kita lihat satu persatu:


1. Public Bank Gold Investment Account.


Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).

Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.

Untuk membuka akaun ini, anda cuma pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran. Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.

Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram

Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa. Untuk melihat rate harian anda boleh tengok link ini:

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Jika anda hendak mengeluarkan wang (istilah: menjual kepada bank ) maka bank akan mengira jumlah gram emas dalam akaun anda darab harga jualan bank.


Contohnya.

Katakan rate pada 1 Julai 2008 ialah:
harga jualan emas = RM98 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM95 per gram (harga bank beli daripada anda)


Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM98 x 5gram = RM490
Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM95 x 5 gram = RM475


Mengeluarkan emas fizikal.


Berdasarkan website Public bank, pelanggan akaun pelaburan emas ini boleh mengeluarkan emas tetapi mesti dengan nilai 100g, 500g dan 1000g Namun pelanggan terpaksa membayar kos insurans, penghantaran dan servis tax (jika ada).

(update: Public Bank tidak lagi menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal. Sila rujuk laman web public bank untuk maklumat lanjut)

Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.

Semasa saya ke Public bank untuk melihat harga emas (dalam lingkungan 13-23 Jun 2008)

Saya dapati harga jualan dan belian emas Public Bank adalah seperti berikut:

harga jualan = RM95.96 / gram
harga belian = RM 92.96 / gram

Ini adalah perbezaan RM3 antara harga belian dan harga jualan.

Perbezaan ini kecil dan menguntungkan pelabur.


2. Maybank Gold Savings Passbook Account.


Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.
Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).

Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran.

Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.


Bagaimana melihat harga emas harian Maybank?


Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.

Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.


Pengeluaran emas fizikal.


Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.

Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.

1. Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.

Contohnya:

Pada 9 Jun 2008 semasa saya ke Maybank untuk melihat harga emas, saya dapati harga belian dan jualan emas Maybank adalah seperti berikut:

harga jualan = RM99.81 / gram
harga belian = RM92.36 / gram

bersamaan 7.464% ! agak tinggi bagi saya.

Justeru itu, saya mencadangkan agar anda membuka akaun simpanan emas dengan Public bank berbanding Maybank.


Kebaikan akaun simpanan emas:


1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit ( 5 gram untuk Maybank dan 20 gram untuk Public bank.

2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.

3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.


Kelemahan:


1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.

2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.

3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.

4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.


Kesimpulan.


Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah. Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun membeli wang dengan kaedah ini pun ok juga.

Semoga maklumat ini membantu anda untuk menyimpan emas.



Daripada apa yg telah aku baca... better buat pelaburan emas fizikal dari saving emas. Best lagi dpt pegang emas betul dari pegang kertas je kan? dan extra best boleh manipulated emas fizikal tu dgn pajakan Ar- Rahnu ni... Iskh untung betul org yg byk duit... money make money:



1. Belilah emas fizikal. Ia jauh lebih baik dari akaun simpanan pelaburan emas kerana
boleh dimanipulasikan dengan Ar-Rahnu untuk keuntungan lebih.

2. Walaupun kita boleh gadaikan emas selama 6 bulan, tak semestinya kita letak emas
kita selama 6 bulan. Sehari pun takper. Kita cuma pinjam untuk jana untung ajer..
dah untung tebus lah balik. Boleh save sikit upah simpan.

3. Memandangkan harga emas sentiasa naik dalam jangkamasa panjang, maka kita
akan untung bila menggadaikan emas fizikal. Ini kerana nilai 65% yang diberikan
oleh Ar-Rahn akan meningkat. So kita boleh pinjam lebih banyak wang.
Lebih banyak wang maka lebih peluang.

4. Jenis peluang yang akan anda jumpa adalah berdasarkan ilmu, networking dan
business opportunity anda. Semakin banyak ilmu dan networking anda,
makin cerah peluang anda menjana keuntungan.

Saturday, December 4, 2010

Meraikan pengantin 2010



Arini bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta... JAWI menganjurkan majlis utk meraikan pengantin bagi tahun 2010. Majlis telah di rasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom. Seramai 285 pasangan yang bertuah telah di pilih untuk majlis tersebut. Alhamdulillah kami antara pasangan yang terpilih. Okey lah tu... sepasang persalinan dan sumbangan wang telah diterima oleh setiap pasangan pengantin.


Semalam aku sempat pakai inai lagi... acik pun sempat buat manik kat baju... makaseh Acik... susah2 jer belikan inai dan tolong jahit manik kat baju. Thanks jugak buat Nini yang tolong make up kan aku... sekarang dah makin maju...




ATURCARA MAJLIS MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN 1 MALAYSIA SECARA BERAMAI-RAMAI 2010 WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh / Tempat : 4 Disember 2010 (Sabtu),

Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Aturcara Program

8.30 pagi – Ketibaan pasangan pengantin dan sesi pendaftaran

10.15 pagi – Ketibaan tetamu jemputan

10.30 pagi - Ketibaan tetamu kenamaan

10.50 pagi - Ketibaan YBhg. Dato’ Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI) dan YBhg. To’ Puan Hajah Rakiah Mariana Binti Latiff.

- Ketibaan YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YBhg. Datin Hajah Saadiah binti Haji Ahmad Rashdi

- Ketibaan YB Senator Dato’ Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar

11.00 pagi - YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (Bersara) Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg Datin Seri Hajah Fatmawati binti Haji Saidin.

11.10 pagi - Bacaan ayat suci Al-Quran

11.20 pagi - Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

11.30 pagi - Ucapan meraikan pasangan pengantin oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil

Khir bin Haji Baharom (Bersara) Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

12.00 tgh hari - Bacaan doa

- Gimik

- Penyerahan Mock Cheque

- Penyampaian Cenderahati

- Makan tengah hari

- Sidang media

1.30 petang - Solat Zohor dan bersurai

Thursday, December 2, 2010

Isteri Solehah


Harap2 kita dpt menjadi isteri solehah kepada suami...
Dengar kuliah ustaz Kazim ni tentang isteri yang solehah... best sgt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.