Followers

flash

Thursday, November 29, 2012

Cara membuat Durian Crepe

Arini aku nak share cara nak buat durian crepe secara step by step... kalau nak tgk dan dapat info lebih lanjut boleh klik owner blog tu sendiri... sekadar berkongsi

ReSePi : CRePe DuRiaN 

BAHAN2 :
Isi durian 

50 gram tepung gandum..

1 penutup esen vanilla..
pewarna kuning ( ni terpulang kat korang nak warna apapun )
 1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor.. basuh dulu..

3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan.. aku cairkan guna mikrowave..
  
160 ml air
40 ml susu cair.. aku guna susu fresh milk je

2 sudu besar gula halus..

CARA MEMBUATNYA :
Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td..
  
Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.. jgn tuang kat mulut korang lak.. hahahha

Kacau sebati dgn menggunakan whisker..

Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati. 

Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..
  
Masukkan pula air.. kacau lagi..
  
Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..
  
Masukkan lak pewarna.. sukati korang le nak taruk kaler apa..
  
Adunan yg dah sebati..
  
Last step, sila tapiskan adunan tersebut..

Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.. kalau buat saiz besar2 sgt opkos la dapat sikit je..
  
JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :

Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..
  
Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..

Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..
  
Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..

Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas ..

Tu cara aku la kan.. aku tak berani angkat guna sudip sbb takut koyak.. aku just angkat kuali tu, telangkupkan atas pinggan.. siapp..
  
Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. Pi sambung masak lagi sampai adunan abis..
  
Ohye, di sebabkan aku risau crepe yg dah di masak tu melekat satu sama lain kalau di susun berlapis2, makanya aku buat mcm di atas.. setiap yg dah di masak aku letak dlm bekas/pinggan yg berlainan..

Hambik kauuuu.. banyak la yg nak di basuh pastu.. huhuhu.. tapi takpe, cara mcm ni lebih selamat sebenarnya tau.. biarkan la diorang seketika.. meh kita buat inti dia lak..

BAHAN INTI :

Resepi asal menggunakan 150 ml fresh cream..

Tapi di sebabkan fresh cream aku takde, makanya aku gantikan whipping krim mcm dlm gmbr di atas.. whipping krim ni dah manis tau, so takyah nak tambah gula bagai..

Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.. siappp..

CARA MENGGULUNG CREPE :

Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian..

Lapiskan semula dgn krim.. takyah banyak2, kang pyh nak balut..
  
Pastu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati2.. 

Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. paham kan..?? 
  
Kemudian terbalikkan.. dan ni hasilnya.. hehehehe..
  
Ni antara yg berjaya di siapkan..
  
Ni lak bahagian keratan rentas selepas di potong dua.. keratan rentas la sangatkan kannn.. ekekekeke..
  
Nak lagi comel korang masukkan dlm papercup size besar.. dah siap sila sejukkan dlm peti ais.. bkn pembeku tau.. sejukkan semalam.. baru sedap di makan.. phewitttt..

Harap korang paham tutorial yg aku ajar ni.. tak paham sila tanya.. kalau ada kesalahan harap di maafkan sbb aku tak belajar dgn mana2 sifu pun.. sob sob sob..

Ohye.. selain durian, korang boleh jugak gantikan dgn cempedak atau mangga.. atau nak letak inti pastry cream pun boleh.. kat bwh ni aku copy balik resepi pastry krim dari fanpage Jom Masak..

Pastry Cream :


 2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

 Cara2 :

 -masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-msak dlm api yg kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkn vaninlla dan garam..kacau sebati..
-msukkn tpg jgung sesudu dulu..
-kacau masukkn bki susu dan tpg jgung semuanya..
dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mngkuk dgn plastik pembungkus..
-simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman
-nak guna gaul seketika..


Resepi Durian Crepe yg lain
Bahan bahan:

250 gm tepung gandum
3 biji telur (2 biji telor gred A)
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau untuk kulit berwarna hijau
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning
Cara :
1) Satukan semua bahan & masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapiskan

2) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak reen guna minyak jagung sapu guna tissue
4) Tuang 1 senduk ke dlm non-stick pan.
5) Angkat pan lenggokkan bulat ikut arah jam supaya cantik bulat
6) Supaya nipis dan cantik




7) Bila dah masak angkat dengan perlahan romantik2 gitu .tak perlu terbalikkan




8) Ulang hingga adunan habis.




Bahan inti :




Isi durian yang diasingkan dari biji




1 cwn Fresh Cream – pukul hingga kental




Cara :




1) Ambil sekeping crepe tadi




2)letakkan Fresh Cream, letak durian pastu bubuh Fresh Cream lagi atas isi durian




3)Lipat seperti bantal atau kusyen sofa




4)Simpan dalam peti ais.

3 comments:

Ana Suzana said...
This comment has been removed by the author.
Ana Suzana said...

Tq..

Deeda said...

Kan saya dah link kan resepi pada blog owner tu sendiri di atas... sy dah mention saya sekadar berkongsi... cuba baca atas sekali dah klik pada resepi tu... link terus pada blog Ana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.