Followers

flash

Tuesday, November 20, 2012

Seminggu di Trengganu

Lamanya x update blog... minggu lepas aku balik kg sempena perkahwinan adik ipar aku, Zarina bt. Ramli. Semoga perkahwinan ke2 ini berkekalan hingga ke akhir nyawa. Lepas ni Kak Na akan berpindah ikut suami dia ke Pahang. Pandai2 la bawak diri bila jauh ngan keluarga nant... anak2 dia pun akan tukar sekolah la nant. So kami balik 12hb Nov hingga 10hb Nov 2012... penatnya! nama pun kendurikan? lagipun masak sendiri... penat x ingat! Mulanya dia x nak bersanding ye la dah perkahwinan ke2 kan? tapi bila dah ada pelamin sume hehe bersanding bagai la...


 Ni Abang Botak aku... penat dia 2 3 ari tu... masa kenduri lagi la penat. Cian dia sakit2 pinggang la sebab angkat tong gas... orang tak biasa wat keja berat macam tu la! hehe aku pun sakit2 pinggang dibuatnya duk memotong bawang la... potong timun la... kupas bawang la... hehe tu je aku mampu buat. Nak wat keja2 jalan2 angkat2 ni aku x larat... dah la sakit kaki! hantaran tu sume aku wat la sbb yang tu aku boleh la wat ckit tapi x la pandai sgt...


Orang pantai timur ni suka masak gulai kawah kalau time kenduri... kalau gi bekwoh=kenduri tu mesti ada gulai kawah ni. Masa aku kat kampung dlm seminggu tu ada 3 kenduri kitorang pergi. Asyik makan je yang best tu daging dorang fresh... ye la kalau wat kenduri dorang sembelih sekor lembu... kalau kat KL ni selalunya daging kotak atau frozen je.


Time sediakan goodies bag dan bunga telur ni serah dekat anak2 dara la... yang sebelaj kanan ni adik ipar aku yg bongsu dan sebelah kiri ni Insya Allah bakal biras... adik ipar aku yg lelaki nak kawen taun depan tapi tarikh tak confirm lagi... Bestnyaaa kenduri lagi la kitorang!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setiap wanita itu cantik……

Allah SWT berfirman:-
“Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali dating dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
"AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu pintu hatinya,tempat di mana CINTA itu ada.”

If you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.