Aku rebus kolagen ni dah masuk paket ke 2... alhamdulillah nampak banyak gak perubahan la dekat kulit aku dan kesihatan aku... yang paling ketara kulit kaki nampak glowing jer... sama macam effect aku inject Vitamin C + kolagen dulu. Teringin sangat nak inject Vitamin C macam dulu tapi Abang Botak x bagi ye la aku kan dalam proses utk hamil semula selepas keguguran aritu... so kena la berjaga2 dari segi pemakanan sume tu. Lepas ni kena cari pil Vitamin C pulak untuk dapatkan kesan yg maksimum.
Setelah direndam semalam, basuh semula seaweed tadi sampai 5/6 kali bilasan. Masukkan lebih kurang 1.5liter air dan kemudian rebus rumpai laut tu sampai hancur dan mendidih. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan. Tapis seaweed tadi... cecair yg di tapis tadi masukkan dalam peti ais untuk dimakan sebagai kolagen manakala hampas dia simpan dalam bekas yg lain untuk dijadikan sebagai masker.
So bila dah sejuk kolagen tu akan mengeras macam agar2... boleh dimakan dengan jus tapi aku makan macam tu jer... kalau orang x tahan memang rasa nak termuntah la kan... paling elok rebus dengan daun pandan untuk dapat bau yg harum dan masa rendam tu seelok2nya rendam dengan asam keping. Ntah kenapa masa aku rebus yg p1 aritu x jadi keras macam pack ke 2... hehe banyak air la kot! tapi nak minum lagi senang x de la mcm jeli kembang tekak... nak cantik punya pasal tahan je laa.
Ni la hampas seaweed tu yang telah di tapis... buat masker letak di muka atau di breast utk tegangkan segala yg mengendur... hehe bila keluarkan dari peti ais terus letak kat muka sejukk ker. X payah bilas terus tido kalau kita buat waktu malam la.
No comments:
Post a Comment